Tuesday, 5 October 2010

Sakitnya aku, membenci kamu. Sakit lagi mencintaimu

Benarkan ku 'tuk berbicara...
Bicara terus ke hati mu...
Hati mu...
Hati yang penuh rasa ragu
Jangan terus pergi
Tanpa mendengar ku
Mungkin mudah
Untuk kau terus berlalu
Nanti dulu
Berikanlah waktu
Untuk aku, untuk kamu

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Lidah kelu sedangkan aku
Mahu kau tahu
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu

Ke tepi lihat ku berlalu
Pasti itu yang terbaik untuk ku
Tiada lagi mahu ku tahu
Tentang hidup kamu
Tentang mati kamu
Aku tahu
Engkau tahu apa yang mata ku tahu
Apa yang kau tunggu
Mahu aku buka pintu?

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Sedang aku mahu kau tahu
Dengar kata ku
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu

Sakitnya aku
Membenci kamu
Sakit lagi mencintai mu
Dan aku pergi
Tapi kembali
Benci aku mencintai diri mu
Ku benci... Kamu
Ku cinta... Kamu

Sejak akhir2 ni aku memang xrase jemu mendengar lagu Bencinta ni. Hari2 aku mendengarnye berulang2 kali melalui mp3ku. Xsangka memg hebat penangan vokal Faisal Tahir ni. Kiranye memg xsia2 la tindakan dier meninggalkan kumpulan nasyidnya pada masa dulu dan berkecimpung solo di dalam arena muzik tanahair ni. Dah cukup cite psal dier kat cni. Ape yg aku nak citer pasal lagu die sbnrnye.

Sebenarnye dlm diam lagu ni membuatkan aku kompius tentang ape sbenarnye yg aku nak dlm hidup ni. Bile aku dgr lagu ni membuatkan aku teringat pada si A. Serius memg sebenarnye aku still xdapat nak lupekan dier spenuhnye walaupun sem lepas mcm nak rak meroyan segala bagai. Tapi kebenaran tersangat la ironi.

Aku slalu mbayangkan bahawa perasaan cinta pertama harusnye mjadi sesuatu memori indah yg xdpt aku nak lupe selamenye, but in reality ianya menjadi sesuatu yang sangat menyeksakan. In reality ianya adalah sesuatu yang xmungkin untuk aku kecapi. Bak kte org, diluah mati bapak, ditelan mati mak.

Hanya Tuhan je yg tau btapa seksanye aku utk melepaskan die. Kerana aku tau permintaan aku ini xmungkin akan tertunai. Even kalu somehow hubungan ini berlaku, aku xkan gembira dan tenang untuk menerima seadanye. Inilah jalan terbaek untuk kami berdua. Walaupun hidup kami bsilang di satu paksi namun kebenarannye, kami berjalan di trek yang berbeza. Semakin cepat aku terima kebenaran ni, semakin mudah utk aku move on. Sekurang2nye 2la yg aku aku harapkan. Namun ianya xsmudah yg dfikirkan.

So in the end aku mengambil keputusan utk membuang si die selamanya. Watpe nak simpan sesuatu yg xkan dapat aku miliki seumur hidup aku. Life is too short to be wasted on something trivial like that. At least 2la statemen aku bile nak pujuk diri sendri, wpun kdg aku trase life is meaningless without someone to shared with. Aku xnak hidup kat dunia ni sorg2, dan aku jugak xnak settle down awal2. So what's the point of making a serious relationship rite now?

So aku just pendam je ape yg aku rase, pendam dan terus pendam. Aku membayangkan mungkin suatu hari nnti bile umo aku mcecah 30an aku akan cari someone untuk mengisi kekosongan yg aku rasai selama ni. Tp aku masih terus tertanya2 sampai bile kah aku dapat berterusan berkeadaan begini. Ah! Biarkan! Jangan dilayan! Sibukkan dirimu dan jangan fikirkan tentangnya sahaful!

At least aku percaya yang Tuhan itu Maha Kaya. Aku percaya yang jodoh dan ajal maut itu adalah ketentuanNya. Dia lebih mengetahui ape yang terbaek untukku. Maka aku xkan membuat pilihan hidup mlainkan berdasarkan kehendakNya. Tidak sesekali aku akan mendahului diriku dari fitrahNya. Dan aku percaya si dia yang sejati - yang ditentukan olehNya untuk berkongsi hidup denganku masih ada diluar sane. Aku akan terus mencari, insyaAllah.

Ya Allah bantulah aku untuk mencari cintaku yang satu, yang dapat membimbingku ke arahMu, yang dapat membantu memberi ketenangan kepadaku, yang sentiasa menemaniku hingga ke akhir hayat... Amin~

No comments:

Post a Comment