Saturday, 16 January 2010

Lailahaillallah

Kadang2 aku tpikir gak ape nak jadi dengan nasib orang Islam zaman sekarang nh... senang btol kene pijak.. senang btol diperkotak-katikkan.. senang btol kene tindas.. tapi kita nh tpaksa bdiam diri je xdpat nak buat ape2.. Walaupun ianya bkaitan dengan kedaulatan dan maruah agama 2 sendri.. Dahsyat btol dugaan orang Islam zaman sekarang nh..

Tgk la ape yang terjadi baru2 ni.. Tuntutan majalah Herald-Catholic Weekly utk menggugurkan hak eksklusif terhadap nama Allah kepada orang Islam akhirnya berjaya gak. Kononnya Allah tu bermaksud Tuhan, so sume agama sptutnya bleh guna pkataan tu since sume agama menyembah tuhan gak.. Diorg rujuk kamus mane 2??? Setahu aku la sejak sekolah rendah lagi memg xpnh pon aku tgk ade sebarang bentuk penulisan ilmiah yg mggunakan Allah merujuk kepada tuhan.. So kalaulah btol dakwaan Herald-Catholic 2, maksudnya Allah bleh jugak la merujuk kepada Buddha.. or YHWH.. tapi nape bukan Islam slain kristian xpnh pon nak bangkitkan tentang isu ni?? diorg xpnh pon nak kaitkan tuhan2 diorang dengan ALLAH!

Memang motif sgt kalu tibe2 org kristian nak kaitkan Allah sebagai Tuhan diorg.. Atas dasar ape diorg membuat tuntutan nh?? Even Bible pon xpnh nak menggunakan nama Allah dalam isi kandungannya.. Even dalam konsep trinity, tuhan dalam agama Kristian dirujuk sebagai Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Kudus (The Father, The Son and The Holy Ghost).. Tapi kalu nak dibandingkan dalam Islam, Allah memg digunakan dengan meluas dalam Al-Quran, Hadis, Doa atau ape2 je yang berkaitan dengan agama Islam even sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w lagi! So kenapa nak mempertikaikan penggunaan Allah sebagai hak eksklusif orang Islam??

Adakah diorg ingin mengatakan yang semua agama tu sama.. semua agama tu menyembah Tuhan.. semua agama memgajarkan tentang kebaikan.. so sepatutnya Allah tu boleh digunakan terhadap semua agama tanpa sekatan.. mcm 2ke?? tapi masalahnye diorg patut kaji dulu ape itu Allah.. apakah ciri2 kewujudanNya.. apakah sifatNya.. bukan setakat rujuk kamus bahasa Arab je! Diorang patut tahu asas Islam tu sendri xpnh langsung mendokong politheisme.. Dalam Islam, Tuhan yang layak disembah hanya satu, iaitu ALLAH..

Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".

(Surah Al-Ikhlas 112: 1-4)

Even dalam al-Quran pun memg dah banyak ayat yang menerangkan betapa spesifiknya Allah sebagai satu2nya tuhan yang layak disembah.. malah banyak ayat al-Quran yang membandingkan atau memberi perbandingan antara ajaran Allah dengan ajaran2 samawi lain, terutama Kristian yang dah terpesong dari ajaran yang sebenar.. Xpercaya baca Da Vinci Code!

Walaupun kandungan novel 2 bukan 100% terjamin kebenarannya tapi ade gak fakta2 yg xbleh dipertikai.. 300 tahun selepas Jesus disalib, sebelum Maharaja Pagan Constantine mengasimilasikan ajaran Nabi Isa a.s dengan ajaran pagan Eropah dan mengasaskan doktrinisasi Kristian yang "menaikkan pangkat" Jesus sebagai tuhan, org2 kristian yang hidup pada lingkup zaman tu mengganggap TUHAN ITU SATU dan JESUS HANYALAH SEORANG NABI.. dan kalau merekalah yang sekarang nh menuntut utk menggunakan nama Allah, maybe still boleh konsider lagi.. Sebab Islam turut mengiktiraf kewujudan dan kebenaran ajaran mereka yang dikenali sebagai AHLI KITAB.. tapi sekarang orang Kristian nak menuntut supaya diiktiraf bahawa ALLAH MEMPUNYAI ANAK! Subhanallah..


Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara agama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; sesungguhnya Al Masih Isa ibni Maryam itu hanya seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikanNya kepada Maryam, dan (ia juga tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga". Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan cukuplah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya).
(Surah An-Nisa' 4: 171)

So kalau diorg nak jugak memperjuangkan hak diorang di bawah panji Pluralisme, kenapa diorg x mulakan dengan agama lain dulu.. Contoh, kenapa x memperjuangkan penggunaan konsep triniti di dalam agama Hindu je? Diorg pun sembah tiga tuhan gak (Brahma, Vishnu & Siva), tapi xde pun kan org2 Hindu cuba menuntut untuk menggunakan konsep triniti dalam agama diorg.. sebab diorang tahu yang sume agama tu berbeza, mempunyai kepercayaan dan ajaran masing2.. this type of tolerance we an accept.. tapi bile agama Kristian cuba nak mengajar tentang kesamarataan dengan Islam, padahal die tau yg even fundamental Islam yang monotheisme nh pun dah jauh sangat berbeza dengan ajaran fundamental diorg yang menyembah 3 tuhan, memg nampak sangat x relevan! tersangat la bermotif..

[80]
Patutkah mereka menyangka bahawa Kami tidak mendengar apa yang mereka sembunyikan (di dalam hati) dan apa yang mereka perkatakan (dengan berbisik) sesama sendiri? (Bukan sebagaimana yang mereka sangka) bahkan utusan-utusan Kami (malaikat) yang menjaga mereka, ada menulis segala yang mereka lakukan.
[81]
Katakanlah (Wahai Muhammad, kepada mereka yang musyrik itu): "Kalau betul Allah yang maha pemurah, mempunyai anak (sebagaimana yang kamu dakwakan) maka akulah orang yang awal pertama yang akan menyembah anak itu; (tetapi dakwaan kamu itu tidak berasas)!"
[82]
Maha Suci Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, - tuhan yang mempunyai Arasy (yang melambangkan kebesarannya), - (Maha Sucilah Ia) dari apa yang mereka katakan itu.
[83]
Oleh itu, biarkanlah mereka (wahai Muhammad) tenggelam dalam kesesatan mereka dan leka bermain-main (dalam dunia mereka), sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan).
[84]
Dan (ingatlah), Allah jualah Tuhan yang berhak disembah di langit, dan Dia lah Tuhan yang berhak disembah di bumi; dan Dia lah jua Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.

(Surah Az-Zukhruf 43: 80-84)

So kepada pihak Herald-Catholic, INGATLAH! Dengan menggunakan nama Allah di dalam aktiviti keagamaan korang, korang bukan saja mengiktiraf status Allah 2sendri sebagai tuhan sekalian alam, malah korang dah memberi pengakuan secara tidak langsung tentang ketidaksempurnaan agama korang.. Dalam firman2Nya, Allah tak pernah mengiktiraf atau mengakui walau satu pun ajaran2 politheisme korang sebagai suatu ajaran yang benar, malah ajaran Kristian dianggap sebagai telah terpesong dan jauh dari kebenaran.. Jadi kenapa korang still nk merujuk Allah sebagai tuhan korang? X ke benda ni bertentangan dengan asas ajaran korang sendri??

Kepada orang Islam, jangan la terpengaruh dengan dakyah dari golongan kafir nh.. Marilah kita bersama-sama mempertahankan maruah agama Islam yang semakin lama semakin tercalar nh.. Berdoalah kita semoga KEESAAN ALLAH dapat dimartabatkan semula di dalam sistem perundangan negara kita.. ALLAHUAKBAR!!

[120]
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.
[121]
Orang-orang yang Kami berikan Kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutarkan maksudnya), mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya; dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi.

(Surah Al-Baqarah 2: 120-121)

No comments:

Post a Comment