Thursday, 28 January 2010

Hikayat Si Jelita dan Si Capik

Alkisah di sebuah negeri tinggallah seorang puteri yg bersemayam di sebuah singgahsana.. puteri itu sangatlah cantik dan jelita dari luarannya hinggalah dalamannya menyebabkan berduyun2 lah kaum kerabat serta putera2 dari pelosok benua datang ingin menyuntingnya.. namun ditolaknya dengan baik dengan alasan tiada yg bertaut di hatinya.. then datanglh si capik ini yg dlm diamnya menaruh perasaan thadap si puteri yg tiada tolok bandingnya itu..

Si capik ini secara diam telah terpaut dengan puteri itu.. tidak pernah lagi hatinya disentuh oleh seorang perempuan pun sebelum ini.. namun perwatakan puteri itu yang mahsyur lagi menarik perhatian, serta turut menjadi kesayangan rakyatnya benar2 menarik hatinya.. si capik mula berkira2 ingin mengorak langkah seterusnya.. sungguh tidak sedar diri si capik itu.. fikirannya berkata mana mungkin si puteri yg gah di singgahsananya itu boleh memandangnya apatah lagi menerimanya sebagai teman hidup! namun hati kecil si capik menaruh juga sedikit harapan padanya, kerana dia percaya ajal maut dan jodoh itu segalanya di tangan Tuhannya.. namun tidak diketahuinya, bahawa si puteri itu telahpun mempunyai "knight in shining armor"nya yg telah lama bertakhta di hatinya.. tidaklah juga si capik itu tahu bahawa si puteri itu tidak pernah terniat untuk mencari.. tidaklah dia tahu bahawa si puteri itu sebenarnya dalam diam TELAHPUN DIMILIKI...

Dengan rasa hati yang membara, si capik itu pun bertemulah dengan si puteri yang digilainya itu.. namun tidak diberitahu tujuan sebenar ia datang, dari riak mukanya tidak lebih dari sekadar ingin berbasa-basi sahaja bersama sang puteri itu.. puteri itu yang sememangnya mempunyai budi pekerti yang mulia dan tidak pernah memandang seseorang itu berdasarkan paras rupa dan kedudukan, melayan si capik itu dengan senang hati.. maka bertambah2 gembiralah si capik itu.. semakin tinggi menggununglah impiannya, setinggi Gunung Tahan yang tersergam gagah di balik Titiwangsa sana..

Setelah agak lama beradu kata, akhirnya si capik mempunyai keberanian yg cukup untuk bertanyakan suatu soalan cepu cemas kepada si puteri itu.. namun seperti mana bijaknya si capik itu menyembunyikan perasaannya, begitulah juga bijaknya sang puteri itu.. sang puteri berjaya menyembunyikan perasaannya yg terpendam.. lalu dikatakannya dengan baik kepada si capik itu bahawa dia masih tidak mempunyai pilihan hati lagi.. maka gembiralah si capik mendengarnya.. berbungalah hatinya.. namun masih tidak diketahuinya bahawa si puteri itu adalah seorang yg bijak berkata2..

Adapun tidak diketahui oleh siapapun apakah tujuan si puteri ini berterusan menyembunyikan statusnya.. mungkinkah kerana baginda berasa kasihan terhadap si capik ini, lalu cuba untuk menjaga hatinya.. atau mungkin baginda berfirasat bahawa segala yang melibatkan perasaannya hanyalah miliknya jua.. dan baginda tidak mahu campurtangan pihak lain dalam urusannya.. Wallahualam..

Namun akhirnya sikap sang puteri yg sungguh bijak berkata2 membuatkan si capik berasa agak curiga padanya, seperti menurut firasatnya puteri ini masih mempunyai suatu hijab yang sangat sulit lagi persendirian sifatnya, namun dia berasakan bahawa harus mengetahuinya.. lalu terdengarlah si capik ini mengenai seorang tua yang bergelar Nenek Kebaya yang tinggal di atas angin sana.. Nenek Kebaya ini adalah pengasuh bagi Sang Puteri itu dan selalu berulang alik dari istana ke terataknya di atas angin membawa bunga2an yang dijadikan wangian untuk dijual kepada kerabat istana..

Pada suatu hari yang dingin, si capik berseorangan telah menuju ke pinggir kampung di mana terdapatnya sebuah rimba tebal.. jauh berbalam2 di tengah rimba itu, sayup2 kelihatan Gunung Atas Bayu yang kabur diliputi kabus pagi.. si capik perlahan dengan segala kudratnya meredah belantara itu.. perjalanan yang sungguh jauh lagi mengambil masa dua hari setengah itu akhirnya membawa si capik itu ke kaki gunung yang gah lagi terkenal dengan lagendanya itu.. kini dia menyusur air yang mengalir di celah2 gunung itu yang pada firasatnya akan membawanya ke puncak.. perjalanan ke puncak itu penuh onak berduri namun berbekalkan smangat dan cinta yg suci berserta izin Tuhannya maka dia akhirnya berjaya juga sampai ke puncaknya.. dan ditemuinya teratak mewah ala2 blok Fimiana milik Nenek Kebaya itu..

Akhirnya si capik itu bertemu juga dengan Nenek Kebaya itu.. lalu ditanyakannya akan perihal sang puteri itu.. akhirnya si capik itu dengan segala usaha dan penat lelahnya, dia dapat merungkai kebenaran yang dirasakannya bagai kaca terhempas ke batu lalu dipijak2 n dileyek2 pula dengan high heel.. sungguh malang lagi sadis nasib yang menimpa si capik itu! dia akhirnya tidak dapat menerima kenyataan.. dan sebelum si Nenek Kebaya dapat berbuat apa2, si capik terus berlari dengan air mata yang bercucuran tiada henti2 ke cerun yang curam di tepi gunung itu lalu terjun tanpa berfikir lagi.. lalu hilanglah dia ditelan kabus gunung yang tebal itu..









ADAKAH SEMUDAH ITU HIDUP SI CAPIK ITU BERAKHIR?? haha xmungkin! rupanya di hujung cerita ini si capik bangun terpinga2.. rupanya dia bmimpi!! akhirnya dalam diam dia memahami maksud mimpinya itu.. bmimpi di siang hari tidak akan pernah menjadi kenyataan.. akhirnya die redha dan pasrah.. rasa hatinya disimpan lalu dikunci kemas2 jauh di sudut sanubarinya.. lalu si capik yang malang itu pun meneruskan perjalanannya....

No comments:

Post a Comment