Saturday, 16 January 2010

Aku Menemui Suatu Pengorbanan

Hari ini aku belajar mengenai suatu pengorbanan...
di kala manusia berada di dalam keghairahan dan kelekaan..
di kala manusia terlupa tujuan mereka dicipta..
di kala manusia alpa pada ajaran pencipta..
di kala manusia mendambakan dunia.. akhirat menjadi bahan tawa..

Di situ aku berada.. melihat sekilas di ufuk ruang masa..
di mana zaman silam aku nampak kebahagiaan..
suatu pengorbanan azali.. suatu syurga rohani..
di mana terkandung keredhaan Illahi..

Hari ini pengorbanan itu hampir hilang..
di bawah propaganda yahudi.. di dalam kerakusan nasrani..
Manusia tewas kepada pujukan laknatullah..

Hari ini aku melihat kembali pergorbanan itu..
melalui imbasan sejarah.. melalui keagungan tamadun Islami..
di bawah panji Islam yang luhur lagi sejati..
berpedomankan ajaran Rasul dan Tuhanku yang Maha Suci..
tidak tercela dek tinta materialisme dan kapitalis..

Hari ini aku mendambakan pengorbanan itu..
kembali semula bertaut di dunia yang serba kekurangan ini..
manusia kini mewah dari segi luaran, namun fakir dalamannya..
manusia kini dahagakan pengisian rohani.. namun tak pernah terisi..
saling berbunuhan sesama sendiri..

Tuhanku yang Maha Pengasih..
Sesungguhnya aku mencemburui hamba2Mu yang terdahulu..
Aku mencemburui ketawadukan mereka.. Keimanan mereka yang tiada tolok banding..
Aku mencemburui umat terdahulu yang tegar syumul kepada ajaranMu..
UmatMu yang tak pernah mengenal jerih mencari keredhaanMu..
UmatMu yang sentiasa Kau redhai dan berkati..

Tuhanku yang Maha Esa,
Sesungguhnya Kau telah menunjukkan umat2 terdahulu mengenai suatu pengorbanan..
Pengorbanan yang tiada setaranya di alam yang fana ini..
Pengorbanan suci yang setanding para syuhada dan tabiin..

Tuhanku yang Maha Mengetahui,
Jikalau aku mendapat suatu keizinan dariMu..
Ingin aku tinggalkan dunia akhir zaman ini..
Ingin aku tinggalkan kefasikannya..
Ingin aku tinggalkan kelekaan yang membelitku ini..
Ingin aku tebus dosa2 yang selama ini mengaliri saluran darahku ini..
Ingin kucari keredhaanMu.. Ingin ku mohon keampunanMu..

Ya Allah..
Bantulah hambaMu yang fana ini..
Dalam pengembaraannya mencari pengorbanan hakiki..
Pengorbanan yang selama ini tidak pernah kukenali...

16 Januari 2009 | 11:01 Malam

No comments:

Post a Comment